Bagi membendung varian Omicron terus merebak, KKM membuat  strategi kawalan pencegahan lebih ketat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata pengembara yang tiba dari negara berisiko tinggi akan dipakaikan peranti pengesan digital sepanjang tempoh Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.

Manakala pengembara dari semua negara menyertai gelembung pelancongan perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19 tambahan, pada hari ketiga dan kelima dari tarikh ketibaan di pulau itu.

Program Laluan Perjalanan Lengkap Vaksinasi antara Malaysia dengan Singapura sehingga setakat ini masih diteruskan. Manakala sekatan perjalanan terhadap lapan negara dikenal pasti sebelum ini pula dikekalkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini