Pengembara yang pernah dijangkiti COVID-19 dan telah lengkap vaksinasi tidak perlu menjalani kuarantin wajib, bermula esok.

Walau bagaimanapun bagi pengembara yang belum menerima vaksinasi lengkap atau tidak divaksinasi, mereka akan dikenakan kuarantin wajib tujuh hari di stesen kuarantin.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin  berkata bagi pengembara yang tidak pernah dijangkiti COVID-19, ketetapan semasa masih terpakai.

Pihaknya akan memaklumkan sebarang perkembangan mengenai situasi dan ketetapan baharu bagi pengembara dari semasa ke semasa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini