Bermula minggu depan, semua pengembara yang pulang dari Arab Saudi akan diwajibkan memakai peranti digital.

Ia  bagi memastikan mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kuarantin di rumah.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kebanyakan kes varian baharu Omicron dikesan membabitkan individu kembali dari Jeddah, terutama mereka yang baru pulang daripada menunaikan umrah.

Jelasnya, daripada keseluruhan 49 kes Omicron dikesan, 30 kes membabitkan mereka yang pulang dari Arab Saudi selepas mengerjakan umrah.

Tambahnya, majoriti yang dibenar menjalani kuarantin di rumah, didapati tidak mematuhi arahan.
Dalam sidang media sama, Khairy memaklumkan mereka yang ingin keluar negara disaran mendapatkan dos penggalak terlebih dahulu terutama yang akan melakukan perjalanan ke Arab Saudi.

KKM juga akan mempertingkat langkah-langkah pencegahan seperti memperhebat program dos penggalak dan memendekkan tempoh penerimaan dos ketiga.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini