Menteri Kesihatan,Kahairy Jamaluddin menjelaskan engembara dari semua negara perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19 tambahan, pada hari ketiga dan kelima dari tarikh ketibaan di pulau Langkawi.

Jenis ujian saringan yang perlu dilakukan adalah RTK-Antigen.

Atas tujuan keselamatan, ujian perlu dibuat secara profesional oleh pakar perubatan di fasiliti kesihatan.

Pengembara ke Pulau Langkawi juga wajib lengkap vaksinasi COVID-19.

Sementara itu, Khairy turut memaklumkan Program Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara dan darat antara Singapura dan Malaysia diteruskan.

Menurutnya, semua pengembara yang tiba di negara ini menerusi VTL udara dan darat dikehendaki membuat ujian kendiri COVID-19 pada hari ketiga dan ketujuh selepas ketibaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini