Pengembara yang kembali ke Taiwan bagi sambutan Tahun Baharu China perlu menjalani kuarantin 14 hari dan tujuh hari pengurusan kesihatan kendiri.

Menurut Pusat Kawalan Epidemik Taiwan, ia bermula 14 Disember ini hingga 14 Februari depan. Mereka yang pulang dari negara berisiko tinggi perlu menjalani kuarantin 14 hari di pusat kuarantin kendalian kerajaan.

Manakala mereka yang pulang dari negara yang lebih selamat boleh kuarantin di hotel dengan perbelanjaan sendiri selama 10 hari. Kemudian, baki empat hari berikutnya dibenarkan pulang ke rumah untuk menjalani kuarantin kendiri.         

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini