Semua Pengerusi dan Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Negeri Sembilan bakal berdepan tindakan sama seperti dikenakan terhadap penjawat awam lain sekiranya mereka enggan menerima suntikan vaksin COVID-19.

Tegas Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pihaknya akan memastikan segala arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara serta kerajaan negeri diguna pakai terhadap 866 Pengerusi dan Setiausaha MPKK.

18 oktober lalu, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 2021 menetapkan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan jika penjawat awam enggan mematuhi arahan ketua jabatan untuk mendapatkan suntikan vaksin selepas 1 november 2021.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini