Kesatuan Eropah, EU bakal mengehadkan tempoh pengesahan Sijil Vaksinasi Covid-19 kepada sembilan bulan.

Langkah yang diperkenal itu, bagi menggalakan lebih ramai mengambil suntikan dos penggalak.

Suruhanjaya Eropah memaklumkan, tempoh pengesahan sijil itu dihadkan kepada 270 hari untuk perjalanan antara negara EU.

Peraturan baharu itu bakal dikuatkuasakan bermula 1 Februari.

Walaun perkara itu telah diumumkan, namun pelaksanannya memerlukan persetujuan negara anggota.

Setakat ini, beberapa negara telah mengumumkan untuk melaksanakan peraturan sendiri.

Perancis contohnya menetapkan individu dewasa yang telah menerima dos kedua lebih enam bulan akan dianggap terkeluar daripada skim vaksinasi penuh bermula 15 Januari.

Tujuh lagi negara EU iaitu Portugal, Ireland, Cyprus, Latvia, Italy, Greece dan Austria pula menetapkan perjalanan antara negara EU memerlukan ujian saringan sebelum berlepas atau menjalani kuarantin sebaik tiba.

Ada juga negara tidak menetapkan dos penggalak sebagai syarat memperoleh status vaksinasi lengkap.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini