Cadangan penggabungan antara DiGi.Com Bhd, Digi dan Celcom Axiata Bhd, Celcom telah diterima secara rasmi dan kini menunggu kelulusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC. Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat telekomunikasi itu menjelaskan, perbincangan bersama MCMC telah diadakan bagi memulakan proses penilaian penggabungan.

Ia selaras garis panduan MCMC berkaitan penggabungan dan pengambilalihan. Mengulas lanjut, penyelesaian cadangan penggabungan itu, antara lain tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta pemegang saham Axiata dan Digi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini