Memorandum Persefahaman (MoU) di antara kerajaan Malaysia dan Indonesia mengenai penggajian pembantu rumah asing telah tamat pada tahun 2016. 

Buat masa ini, kerajaan masih berunding dengan kerajaan Indonesia bagi mencapai kesepakatan untuk memeterai perjanjian baharu. 

Namun, jelas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, walaupun Agensi Pekerjaan Swasta tidak dibenarkan membuat pengrekrutan pembantu rumah dari Indonesia, kerajaan tidak menghalang mana-mana Agensi Pekerjaan Swasta membuat pengrekrutan dari negara sumber yang lain. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini