Mulai Khamis ini, semua penggiat industri kreatif yang telah lengkap dua dos vaksin dibenar menjalani aktiviti masing-masing di negeri-negeri yang berada dalam fasa 1 PPN, mengikut SOP ditetapkan. Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui keputusan itu, adalah antara usaha berterusan kerajaan bagi merangsang kelangsungan ekonomi penggiat seni dan industri kreatif.

Kelonggaran meliputi lapan aktiviti masing-masing adalah pembangunan dan penyiaran kandungan kreatif secara rakaman juga siaran langsung. Penyiaran secara rakaman, siaran langsung di studio turut dibenar dengan kehadiran 30 peratus kapasiti penonton lengkap vaksinasi.

Penggambaran industri kreatif dalam dan luar studio dibenar bagi individu lengkap vaksin COVID-19.  ‘Indoor busking’ dan persembahan di lounge hotel dibenar bagi individu lengkap vaksin. Aktiviti panggung wayang juga dibenar dengan kapasiti 50 peratus individu lengkap vaksinasi di dewan tayangan.

Pameran seni dibenar secara janji temu dengan kapasiti 30 peratus pengunjung lengkap vaksinasi. Persembahan langsung termasuk teater, muzik dan komedi dibenar dengan kapasiti 30 peratus penonton lengkap vaksin COVID-19.  

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini