Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah JKKMAR bersetuju dengan cadangan pelaksanaan Dasar Penggubalan Rang Undang-undang (RUU) Sumbangan Politik.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia perlu terlebih dahulu dibincangkan di Kabinet, sebelum sesi libat urus diadakan bersama parti politik.

Ia katanya penting kerana sehingga kini, tiada sebarang undang-undang atau peraturan yang mengawal selia pembiayaan politik.

RUU berkenaan juga dapat mengekang tindakan rasuah serta penyalahgunaan kuasa membabitkan ahli politik yang memberikan impak negatif kepada imej negara dan kerajaan.

Persetujuan mengenai cadangan pelaksanaan Dasar Penggubalan RUU Sumbangan Politik merupakan salah satu daripada empat perkara dimuktamadkan pada Mesyuarat JKKMAR yang dipengerusikan Perdana Menteri, hari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini