Pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, KLK dan Lebuh Raya Pantai Timur 1, LPT1 dinasihat merancang perjalanan susulan hujan lebat dijangka melanda Pantai Timur minggu ini.

Pengurus Besar Kanan, Anih Berhad, Radzimah Mohd Radzi dalam kenyataan berkata, pihaknya kini giat memantau paras air di sekitar laluan utama.

Walaupun laluan masih selamat pada masa ini, pihaknya akan terus mengemas kini maklumat terkini melalui rangkaian media sosial ANIH.

Ketika ini, paras air di semua kawasan di sepanjang KLK dan LPT 1 berada dalam keadaan selamat dan syarikat sedang giat mengambil langkah untuk memastikan keadaan kekal terurus.

Beliau turut memberi jaminan pihaknya sentiasa bersedia dan komited demi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna.


Pengguna boleh layari laman media sosial Lembaga Lebuh Raya Malaysia atau Anih Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini dan sahih sebelum memulakan perjalanan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini