Penggunaan bas elektrik penuh akan dimulakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan bandar besar sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

Menurut Perdana Menteri; Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob usaha dilakukan selarasa sasaran mencapai status neutral karbon seawal 2050.

Setakat ini 60 buah bas elektrik penuh telah ditempah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ia akan diperoleh secara berperingkat bermula tahun ini hingga 2023.

Perdana Menteri berharap usaha DBKL memberikan perkhidmatan bas percuma GoKL menggunakan bas elektrik dicontohi.

Beliau berkata demikian selepas melawat kilang bas elektrik milik SKS Bus di Puchong.

Syarikat merupakan antara pengilang bas memperoleh pengesahan sebagai Barangan Buatan Malaysia dan dilengkapi dengan bantuan kilang robotik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini