Pembayaran tol menggunakan kad Touch N’ Go dan Smart Tag masih dikekalkan.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, transaksi menggunakan RFID adalah langkah awal kepada pelaksanaan pembayaran tol tanpakehadiran plaza tol pada masa hadapan.

Jelasnya, lorong Touch n’ go dan smart tag masih dikekalkan dan memberi pengguna lebuh raya lebih banyak pilihan.

Namun, untuk memudahkan perjalanan pada masa akan datang, beliau menyarankan pengguna lebuh raya beralih kepada sistem  transaksi tol RFID yang lebih pantas.

PLUS sebelum ini memaklumkan pembukaan lorong RFID di laluan Juru-Skudai di Lebuhraya Utara-Selatan bermula 15 Januari depan, dan ia mencetus kebimbangan pengguna lebuh raya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini