Kapasiti penggunaan katil unit rawatan rapi ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu hampir penuh berikutan peningkatan kes positif COVID-19 dalam tempoh dua minggu ini.

Peningkatan itu dipercayai berpunca akibat pergerakan rentas negeri dan peralihan negeri itu ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, lebih membimbangkan terdapat kemasukan pesakit COVID-19 kategori lima yang turut mencatatkan kenaikan sepanjang tempoh tersebut.
 
Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan ICU Hybrid Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu.
 
ICU Hybrid berkapasiti 10 katil itu menjadikan jumlah keseluruhan katil bagi pesakit COVID-19 di Terengganu kini sebanyak 43 buah.
 
Ia dibangunkan dengan kos RM3.2 juta dan akan beroperasi bermula minggu depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini