Pemilik ladang disaran meningkatkan penggunaan teknologi automasi bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan menjadikan industri sawit negara lebih berdaya tahan untuk tempoh jangka masa panjang.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, berdasarkan kajian dan penyelidikan teknologi oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), peningkatan penggunaan automasi akan menarik minat pekerja tempatan untuk mula bekerja di sektor ladang.

Datuk Zuraida turut menyarankan pemilik ladang sawit di seluruh negara memperluas prospek pekerja seperti dari India dan Pakistan dan tidak hanya tertumpu kepada buruh dari Indonesia dan Bangladesh semata-mata.

Kementerian juga berharap penyelesaian jangka panjang dapat dicari untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Persatuan Pemilik Ladang Malaysia meramalkan industri sawit mengalami penurunan pendapatan di antara 5 dan 10 peratus susulan masalah tenaga kerja.

Justeru kementerian komited mencari penyelesaian menangani masalah tersebut dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Luar Negeri, Jabatan Imigresen dan Suruhanjaya Koperasi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini