Rawatan Pesakit COVID-19 menggunakan ubat antiviral Paxlovid  akan diperluas ke fasiliti kesihatan swasta terpilih, dalam waktu terdekat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, pemberian Paxlovid adalah secara percuma.

Bagaimanapun, pesakit masih tertakluk kepada caj khidmat rundingan dan caj berkaitan yang ditentukan fasiliti kesihatan swasta.

Jelas Khairy, bermula 15 April hingga 5 Jun, seramai 1,364 orang pesakit telah diberikan rawatan ubat Paxlovid.

Rawatan ini terbukti selamat dan berkesan,  serta dapat mengurangkan kesan teruk jangkitan dan kadar kematian pesakit COVID-19.

KKM juga akan memulakan rawatan ubat antibodi ‘monoclonal Tixagevimab plus Cilgavimab’ (EVUSHELD) dalam waktu terdekat.

Ini berikutan kemampuannya melindungi penerima dari jangkitan COVID-19 untuk jangka masa enam  bulan, selepas pemberian suntikan.

Dengan adanya ubat-ubatan serta kaedah rawatan yang sentiasa ditambahbaik, KKM yakin Malaysia kini berada di landasan terbaik untuk melalui Fasa Peralihan ke Endemik  dengan berkesan dan selamat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini