Seorang penghantar makanan mengaku salah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dua tuduhan memulakan komunikasi bahan lucah di laman sosial dua tahun lalu.
Muhammad Khair Ma’ani, 25 tahun didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi Instagram secara sedar, telah memulakan penghantaran komunikasi berbentuk video yang lucah sifat dengan niat menyakitkan hati orang lain.
Kesalahan dilakukan di Blok C Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru, pada 8.50 pagi, 25 Januari 2020.
Kes didakwa mengikut Seskyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998(Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233( 3) akta sama. 19 Jun ditetapkan sebutan semula kes dan jatuh hukum.