Tindakan Taliban mengharamkan perkahwinan paksa mengundang kemarahan berpuluh-puluh wanita di negara perang itu. Tegas mereka, banyak lagi isu antaranya kehilangan pekerjaan dan hak mendapatkan pendidikan yang membelenggu kaum wanita di Afghanistan.

Larangan yang diumum itu membayangkan bahawa perkahwinan paksa adalah satu-satunya isu yang perlu diberi keutamaan. Bagaimanapun, kenyataan oleh ketua Taliban, Hibatullah Akhundzada itu tidak menyebut sama ada kanak-kanak perempuan dibenarkan kembali bersekolah sekolah, atau wanita boleh kembali bekerja.

Pada masa ini kanak-kanak perempuan tahap tujuh hingga 12 di seluruh Afgahnistan tidak dibenarkan ke sekolah. Hak wanita di Afghanistan semakin baik sejak dua dekad lalu dengan campur tangan antarabangsa di Afghanistan. Namun ia kini terancam sekembalinya pemerintahan Taliban.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini