Pengarah Filem PASKAL,Andrian Teh menzahirkan rasa teruja dan bangga apabila filem ditonton oleh Yang Dipertuan Agong,Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Menurutnya,perkara tersebut menjadikannya sebagai motivasi bagi menghasilkan lebih banyak filem setanding PASKAL pada masa akan datang.
Sementara itu,bintang utama filem PASKAL,Hairul Azreen menyifatkan pujian Yang Di Pertuan Agong sebagai penghargaan tinggi kepada barisan pelakon dan kru filem terbabit.Sultan Abdullah,dalam satu wawancara di media tempatan Ahad lalu, bertitah menonton filem PASKAL : THE MOVIE,dan Seri Paduka kagum dengan mutu pengarahan dan persembahannya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini