Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap pengkreditan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi Fasa Satu yang bakal bermula hari ini, mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, beliau berkata dana berjumlah 3.1 bilion ringgit itu disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC.

BKC bakal memanfaatkan 10 juta penerima yang memfokuskan kumpulan sasar terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.

Rabu lalu Datuk Seri Ismail Sabri berkata beliau mengambil maklum isu kelewatan bayaran BKC yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan Ogos.

Berikutan itu, Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Kewangan bagi menyegerakan pembayaran.

Beliau juga memaklumkan, kerajaan kini melaksanakan rangsangan ekonomi rakyat dan negara melalui inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Semakan status BKC boleh dibuat melalui portal https://bkc.hasil.gov.my.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini