Penglibatan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan orang persendirian menyertai operasi pembersihan pasca banjir sangat membantu dan meringankan beban pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

Mengakuinya, Ketua Balai JBPM Simpang Pertang, Muhammad Khairul Izzuan Othman berkata, penyertaan sukarelawan mempercepat proses tersebut.

Beliau ditemui pada operasi pembersihan JBPM di Kampung Telekung, Jelebu.

Pembersihan secara menyeluruh melibatkan kawasan perumahan dan jalan raya yang terjejas banjir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini