Syarikat swasta yang terlibat dalam Program Rakan Sukan perlu diberi pengiktirafan sebagai pihak yang berkhidmat untuk negara.

Saranan itu dilontarkan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dalam usaha menggalakkan syarikat swasta terlibat secara aktif dalam program itu sekiranya mendapat lampu hijau daripada kerajaan untuk dihidupkan semula selepas ini.

Dalam masa sama beliau turut berpendapat rayuan perlu dibuat kepada syarikat swasta terutama yang mendapat margin keuntungan besar semasa pandemik ini untuk kembali membantu komuniti melalui sukan.

Program Rakan Sukan diilhamkan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Ghani Othman, dan dilancarkan pada 1 Ogos 1994.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini