Pengoperasian institusi pendidikan di bawah seliaan Kementerian Pendidikan akan bermula pada 21 November ini.

Bagi institusi pendidikan di Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah pula, operasinya akan bermula pada 22 November.

Kenyataan KPM menyebut, Tarikh pengoperasian itu mengambil kira pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 5 November lalu berkaitan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah berkuat kuasa 8 November.

Ini akan membabitkan kehadiran murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta kelas peralihan dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 di sekolah menengah.  

Insitutusi pendidikan di bawah seliaannya turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan pihaknya bagi kategori sekolah dan kategori pusat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini