Pusat kawalan secara bersepadu, Kompleks Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur, KL ATCC mampu mempertingkatkan tahap kecekapan perkhidmatan trafik udara negara, setanding negara maju.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia mampu mempertingkat keupayaan dan kesiapsiagaan negara menghadapi situasi dunia penerbangan yang serba mencabar.

Ujar beliau, dengan pertambahan jumlah pergerakan pesawat dan peningkatan kapasiti ruang udara, Projek KL ATCC dijangka akan memberi impak positif kepada ekonomi negara, terutamanya sektor penerbangan awam.

Beliau bercakap pada majlis perasmian Kompleks Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur, KL ATCC di Sepang.
 
Turut hadir Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.

Katanya meski industri penerbangan awam mengalami kemerosotan ketara sejak pandemik COVID-19 akibat penutupan sempadan, ia diyakini pulih kembali menjelang tahun 2025.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini