Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan mengumumkan Pengoperasian Kolej Vokasional bagi murid Sijil Vokasional Malaysia, Sijil Kemahiran Malaysia, Sistem Latihan Dual Nasional dan Diploma Vokasional Malaysia adalah secara bersemuka tanpa penggiliran mulai 9 Januari depan.

Ketetapan sama turut terpakai untuk kolej matrikulasi bagi program dua dan empat semester.

Bagi Institut Pendidikan Guru (IPG) pula, semua program pengajian akan memulakan kuliah secara bersemuka mulai 6 Februari, mengikut kalendar akademik yang sedang berkuat kuasa.

Bagaimanapun murid Kolej Matrikulasi dan IPG yang telah menerima vaksin lengkap sahaja dibenarkan kembali ke institusi masing-masing.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini