Seorang pembantu penguat kuasa MPS didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas enam tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM5,500 tiga tahun lalu.

Tertuduh, Firdaus Azad Abdul Hamid bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Dia didakwa atas tiga pertuduhan memperoleh rasuah daripada Pengarah sebuah syarikat sebagai dorongan membantu syarikat itu mendapatkan permit tahunan sementara.

Tertuduh turut didakwa atas tiga lagi pertuduhan meminta rasuah daripada pengarah syarikat sama atas tujuan yang sama.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada Februari 2019 hingga November 2019 di sebuah bank di Shah Alam.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Sebutan semula kes ditetapkan 15 Februari depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini