Penguatkuasan permit memasuki hutan simpanan kekal bagi menjalankan aktiviti rekreasi harian melalui pas bermusim di kawasan Bukit Kledang, Hutan Simpan Kledang Saiong yang berkuat kuasa Julai akan dibincangkan dalam Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad memaklumkan penguatkuasaan pelaksanaan permit tersebut ditangguhkan sehingga dimaklumkan. Pengarah Perhutanan Negeri, Datuk Mohd Zin Yusop akan menyediakan kertas makluman berhubung perkara berkenaan sebelum tindakan susulan diambil.

Terdahulu, Jabatan Perhutanan Negeri menerusi kenyataan memaklumkan pengunjung perlu memohon pas tahunan dengan bayaran sebanyak RM200 untuk mendaki Bukit Kledang, berkuat kuasa Julai depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini