Seorang pengukir patung dari Brazil mencipta beberapa patung menyerupai bayi sebenar yang sangat menarik.

Ana Paula Guimaraes,yang berpengalaman selama 15 tahun sebagai pengukir,menyatakan patung-patung bayi itu dijual dengan harga 1,300 dolar Amerika.

Patung-patung tersebut dibentuk menggunakan beberapa bahan iaitu kain bagi badan,manakala kepala dan anggota badan lain dicipta daripada getah.

Setakat ini,patung-patung yang digelar ‘babies reborn’ itu turut mendapat perhatian pelanggan daripada beberapa negara termasuk Eropah dan Amerika Syarikat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini