Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan lebih 750,000 pengundi baharu berusia 18 hingga 20 tahun di Johor membuat semakan maklumat menjelang hari mengundi, 12 Mac nanti.

Semakan boleh dilakukan menerusi aplikasi MySPR Semak.

Pengarah SPR Johor, Nor Nekman Jaimon berkata MySPR Semak memaparkan maklumat lengkap tempat mengundi, nombor saluran dan nombor daftar mengundi.

Selain itu, aplikasi ini juga akan memaklumkan waktu yang disarankan kepada pengundi baharu untuk ke pusat mengundi.

Daftar pemilih di Johor setakat 21 Januari 2022 adalah seramai 2.59 juta orang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini