Seramai 476,037 orang pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 orang pemilih berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Umum DUN Melaka, Sabtu ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata pengundi yang telah mengetahui maklumat pengundian, boleh terus ke saluran mengundi dan disaran membuat semakan lebih awal sebelum hari mengundi melalui portal semakan daftar pemilih, aplikasi MySPR Semak dan Hotline SPR.

Sekiranya pengundi tidak dapat hadir pada masa yang digalakkan atas sebab-sebab tertentu, pengundi masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang.

Namun, pengundi dinasihatkan untuk tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir.

Pengundi juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian dan tidak menyerahkan kad pengenalan kepada pihak lain, selain daripada petugas pilihan raya sahaja.

SPR menyeru kepada semua pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada Sabtu ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini