Pengurangan elaun latihan kepada atlet berisiko menjejaskan pencapaian negara di Sukan Sea Hanoi. Justeru, Majlis Sukan Negara (MSN) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dirayu menilai semula penyelarasan elaun tersebut.

Kebimbangan disuarakan Ketua kontinjen Malaysia ke Sukan Sea, Datuk Nur Azmi Ahmad menjelang temasya dwitahunan tersebut Mei ini.

Beliau yang juga setiausaha Agung Persekutuan Karate Malaysia berkata, pihaknya setuju elaun dipotong, tetapi bukan terlalu banyak.

Datuk Nur Azmi mencadangkan konsep rakan sukan dikembalikan dengan meminta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menjadi bapa angkat kepada persatuan sukan kebangsaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini