Pengurus Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sabah perlu meningkatkan penguatkuasaan pematuhan SOP bagi mengelak kesesakan melampau di pusat itu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, meskipun pihak kesihatan membenarkan pemberian vaksin secara datang terus atau walk in, namun pematuhan SOP wajib dijaga bagi mengelak penularan jangkitan. Beliau menyatakan demikian kepada media sempena lawatan kerja ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu.

Dalam perkembangan lain, Khairy memaklumkan, kementerian akan memohon peruntukan bagi pembangunan kecemasan bagi baik pulih bangunan HQE yang terjejas akibat tanah runtuh Sabtu lalu. Ia akan dilaksana selepas Jabatan Kerja Raya membuat penilaian kerosakan.              

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini