Seorang pengurus syarikat direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah melebihi RM500,000.

Permohonan reman dibenarkan oleh Majistret Amanina Mohamad Anuar selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan berkenaan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini. Suspek berusia 43 tahun ditahan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika hadir memberi keterangan, petang semalam.

Difahamkan, suspek yang bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat cari gali telah meminta dan menerima rasuah daripada pengusaha-pengusaha stesen minyak sekitar Kuala Lumpur sebagai dorongan bagi mengelak penilaian prestasi stesen minyak pemilik berkenaan terjejas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini