Pengurusan pusat tahfiz persendirian di daerah Kajang digesa mendapatkan kelulusan sebelum beroperasi.

Justeru, mereka perlu segera membuat permohonan untuk disenaraikan dalam inventori Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).

Jelas Yang Dipertua MPKJ, Najmuddin Jemain, permohonan itu perlu dilengkapi pelan bangunan untuk dinilai Jabatan Teknikalnya.

Langkah ini penting bagi mengelak berlakunya insiden tidak diingini, seperti tragedi kebakaran yang pernah terjadi di sebuah pusat tahfiz pada 2017 lalu.

Kebakaran itu meragut 23 nyawa.

Ia berlaku disebabkan faktor keselamatan dan ciri-ciri bangunan itu tidak mengikut spesifikasi ditetapkan pihak berkuasa tempatan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Taklimat Pemutihan Institusi Tahfiz dan Sekolah Agama Persendirian di Kajang, Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini