Berkuat kuasa hari ini, pengurusan sekolah dibenar memeriksa sijil vaksinasi guru. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata ini bagi memastikan tenaga pengajar mendapat vaksinasi lengkap selaras pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam, mewajibkan penjawat awam mengambil vaksin COVID-19.

JPA dalam satu pekeliling sebelum ini mewajibkan penjawat awam termasuk guru untuk mengambil vaksin dan perlu segera melengkapkan imunisasi sebelum 1 Nov, atau mereka boleh berdepan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja.

Radzi berkata tindakan itu perlu diambil bagi memastikan guru bersama Kementerian Pendidikan dapat mewujudkan persekitaran yang selamat kepada murid dan pelajar sekolah ketika negara masih berdepan ancaman COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini