Prihatin dengan musibah banjir yang menimpa keluarga murid, pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Kampung Rambai, SKKR di Pendang, Kedah turun padang bertemu keluarga terlibat. Ia bagi memastikan 50 murid dan keluarga mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Pada masa sama, aspek akademik turut diberi perhatian serius bagi memastikan sesi pembelajaran di rumah berjalan lancar.

Guru Besar SKKR, Khalil Anuar Mohd Rejab berkata, melalui Program Redah Banjir Prihatin Kasih itu, pihaknya bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, APM Daerah Pendang berkunjung ke rumah keluarga murid berkenaan di beberapa buah kampung.

Antaranya, Kampung Rambai, Kampung Tok Pauh dan Kampung Alor Ali. Berdasarkan lawatan yang dilakukan, kebanyakan murid masih tinggal di kediaman masing-masing meskipun kawasan rumah mereka ditenggelami air. Walaupun tidak berpindah ke PPS, namun kebajikan mereka tetap diberi perhatian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini