Kementerian Pengangkutan memberi amaran kepada pengusaha institut memandu agar tidak terlibat dalam kegiatan meminta wang untuk meluluskan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam atau lesen kenderaan perdagangan.Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkata jika terlibat, pengusaha institut bakal berdepan tindakan tegas termasuk lesen ditarik semula.Beliau mengulas mengenai dakwaan berlaku kegiatan meminta sogokan dan rasuah oleh institut memandu.Pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam perkara itu kerana ia melibatkan keselamatan dan kepentingan orang ramai.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini