Berita baik kepada pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong berlesen yang dikenakan kompaun.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menawarkan diskaun pembayaran sehingga 40 peratus bagi setiap kompaun dikenakan sehingga 30 September ini.


Selain itu, mereka juga menerima pengecualian kompaun atas kesalahan gagal memperbaharui lesen.

Namun ianya tertakluk kepada kompaun yang dikeluarkan bagi tempoh 1 Julai hingga 30 September ini.

Syarat lain, permohonan lengkap perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari selepas tamat tempoh lesen.

MOTAC berharap inisiatif ini dapat membantu meringankan beban penggiat industri yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.