Gantung lesen dan tutup operasi.

Itu tindakan bakal dikenakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) terhadap mana-mana pengusaha stesen minyak di negara ini yang didapati terlibat kegiatan penyelewengan minyak bersubsidi.

Pengarah PenguatKuasa KPDNHEP Azman Adam berkata, menerusi operasi dijalankan beberapa pihak termasuk pengusaha stesen minyak dipercayai bersubahat dalam kegiatan penyelewengan tersebut.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Stor Ekshibit Sri Muda, Shah Alam.

Berdasarkan statistik, berlaku peningkatan kes dan jumlah rampasan ke atas bahan petroleum iaitu 54 kes berkaitan petrol RON95 berbanding 49 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini