Tular di media sosial mengenai tangkap layar satu perbualan menerusi aplikasi WhatsApp, didakwa antara peniaga dan pembeli hingga mendapat perhatian pejabat mufti.

Dalam tangkap layar berkenaan, memaparkan rayuan peniaga kepada seorang lelaki agar berhenti menghantar santau hingga mengakibatkan muntah paku berdarah.

Pelaku yang menghantar santau itu dipercayai tidak berpuashati dengan peniaga terbabit yang didakwa telah menipunya.

Susulan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menegah umat Islam di negara ini daripada cuba menggunakan santau atau sihir, walau atas apa alasan sekali pun.

Mengulas lanjut, pihak itu berkata, sihir merupakan antara dosa besar yang dilafazkan sendiri oleh Rasulullah SAW.

Ketika ditanya para sahabat, Baginda bersabda supaya umat Islam menjauhi tujuh perkara yang boleh membinasakan atau berdosa besar dan antaranya ialah sihir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini