Peniaga di Sri Aman, Sarawak diberi amaran supaya jangan menyorokkan barang keperluan bersubsidi. Barangan terbabit termasuk gula, minyak masak, tepung gandum, beras, roti putih, telur, ayam, bawang, susu tepung dan sayur sayuran.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sri Aman, Al-Redzamani Abdul Razak berkata melalui Kempen Anti Sorok Barang keperluan, lebih 90 peratus dari Premis Peruncit Terpilih telah diperiksa.

Jelas beliau, Kempen Anti Sorok Barang Keperluan dilaksanakan bagi memastikan bekalan barang kawalan dan keperluan asas mencukupi. Selain memastikan tidak berlaku sebarang aktiviti penyelewengan melalui penyorokan barangan keperluan.

KPDNHEP memberi amaran kepada mana-mana individu dan syarikat yang terlibat dalam aktiviti seperti itu, tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.