Kebanyakan peniaga di Terengganu mengakui harga borong bagi beberapa jenis sayur naik sehingga
50 peratus sejak dua minggu lalu.

Peningkatan mendadak harga sayuran itu menyebabkan kebanyakan peniaga tertekan kerana terpaksa
menaikkan harga jualan.

Tinjauan harga sayur di Pasar Chabang Tiga di Kuala Terengganu mendapati ia meningkat sekali ganda.

Antaranya sawi manis, kubis bunga, brokoli , sawi panjang kampung , kacang buncis , cili besar merah , cili besar hijau dan salad .

Antara sayur yang berlaku peningkatan mendadak ialah kubis bunga dan brokoli.

Menurut penjual, faktor bekalan terhad menyebabkan berlaku kenaikan harga.

Sehubungan itu mereka berharap pihak berwajib dapat mengawal harga di peringkat pembekal kerana
harga yang diterima peniaga runcit begitu tinggi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini