Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menjatuhkan hukuman denda RM7,000 terhadap seorang lelaki, selepas mengaku bersalah menjual kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui MCMC.

Ooi Hang Sheng, 27 didakwa menjual tujuh unit Android TVBOX pelbagai jenama tidak diperakui sebagaimana dikehendaki di bawah Peraturan 16(1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 di sebuah pasar raya di Damansara Uptown, pada 9 Julai 2020.

Kesalahan itu boleh dihukum di bawah Peraturan 37 Peraturan-Peraturan sama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini