Meski sudah berkali-kali diingatkan, namun masih ada peniaga ingkar arahan harga maksimum ayam.

Di Kulim, Kedah, pemilik sebuah pasaraya dikenakan tindakan gara-gara menjual ayam standard pada harga RM10.30 sekilogram. Alasannya, tidak tahu harga maksimum ditetapkan ialah RM8.90 sekilogram.

Pengarah KPDNHEP Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, peniaga mengaku memperoleh bekalan ayam daripada ladang ternakan ayam persendirian dengan harga RM9.30 sekilogram.

Kompaun RM1,000 dikeluarkan terhadap peniaga terbabit. Tindakan dibuat berdasarkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini