Peniaga perlu menerapkan nilai etika yang tinggi ketika menjalankan perniagaan, bagi memastikan keselesaan pelanggan di premis.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, aspek kesabaran juga perlu dititikberatkan, apabila mengendalikan perniagaan.

Beliau mengulas mengenai video tular pelanggan restoran di Melaka, berkongsi pengalaman dilayan secara kasar oleh pekerja premis.

Jelasnya, insiden tersebut perlu dijadikan pengajaran kepada semua pihak, bagi memastikan situasi sama tidak berulang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini