Seorang peniaga kedai runcit kerugian sebanyak RM10,000 setelah ditipu seorang bomoh.Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Kama Azural Mohamed, mangsa diperdaya suspek yang menawarkan sebiji batu delima berharga RM10,000 dipercayai berfungsi sebagai Ibu Duit ketika suspek mendapatkan rawatan pada 25 mei lalu.Suspek warga Indonesia itu turut memberikan 6 buah tin biskut kepada mangsa yang didakwa akan dipenuhi wang kertas RM100 yang perlu dibuka selepas enam hari.Selepas tersedar ditipu, mangsa membuat laporan polis. Suspek akhirnya berjaya diberkas dan direman dua minggu bermula 15 Jun bagi membantu siasatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini