Seorang peniaga mengalami kerugian RM117,759 kerana diperdaya sindiket penipuan melalui penghantaran barang.
 
Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, mangsa dijanjikan hadiah dan wang tunai $AS79,000.

22 November lalu, mangsa menerima panggilan telefon dikatakan dari syarikat kurier dan dimaklumkan terdapat bungkusan dari kenalannya.
 
Bagaimanapun, mangsa diberitahu perlu membuat bayaran untuk caj perlepasan kastam serta lain-lain bayaran bagi mendapatkan bungkusan berkenaan.
 
Bermula 23 November hingga 14 Disember, mangsa membuat bayaran melalui enam akaun berbeza.
 
Namun, mangsa masih tidak menerima barangan yang dijanjikan sebaliknya diminta untuk bayaran tambahan sebelum bertindak membuat laporan polis pada 16 Disember.
 
Hasil risikan, polis berjaya menangkap tiga lelaki dan tiga wanita warga Afrika dalam dua siri serbuan di Puchong, Selangor pada 30 Disember lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini