Peniaga yang mengenakan harga lebih RM1,000 pada hidangan ikan siakap di sebuah restoran di Langkawi baru-baru ini, bakal didakwa kerana gagal mengemukakan dokumen dikehendaki.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, berkata pihak terbabit gagal mengemukakan dokumen perniagaan lengkap yang dikehendaki kementeriannya, dalam tempoh ditetapkan.

Jelas Datuk Rosol, peniaga terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 53 (A) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AK-HAP) 2011 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM50,000 atau kompaun RM25,000, jika sabit kesalahan.

Isu ini tular di media sosial selepas sekumpulan individu terkejut apabila mereka terpaksa membayar sebanyak RM1,196.80 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat kira-kira tujuh kilogram di restoran berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini