Seramai 464,244 orang calon Modul Penilaian Kelas Al Quran dan Farhu Ain (MPKAFA) akan dinilai dalam tempoh 16 hari bermula hari ini.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri hal Ehwal Agama, Idris Ahmad berkata pelaksanaan itu bagi menggantikan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang dibuat sebelum ini.

Jelasnya lagi, dalam tempoh penilaian tesebut, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi murid Tahun 5 dan Tahun 6 hanya dikhususkan untuk pelaksanaan MPKAFA sahaja.
 
MPKAFA terdiri daripada dua bahagian iaitu kaedah penilaian secara lisan kepada calon berdaftar berdasarkan silibus kurikulum KAFA JAKIM.

Ia bermula dari Tahun 3 hingga Tahun 5 dengan markah yang diperuntukkan 75 peratus. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini